Doa yang bagus untuk wanita

Diantara doa yang boleh diamalkan untuk wanita kesayangan Allah.



Doa Pemanis wajah untuk kaum Hawa.

Terdapat satu kisah tentang keindahan rupa paras yang dimiliki Nabi Yusuf (A.S), di mana ketika dirinya melalui kumpulan wanita yang sedang memotong buah-buahan, terhiris jari mereka dengan pisau kerana terpukau melihat ketampanan yang dimiliki Nabi Yusuf (AS) seolah-olah melihat berlian yang bersinar terang.

Doa di bawah hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan sapukan ke seluruh wajah. Boleh diamalkan setiap kali sebelum keluar atau sebelum bertemu orang. Sebaik-baiknya diamalkan juga setiap kali selepas selesai solat fardhu.

اِذْ قَالَ يُوْسُفُ لِاَبِيْهِ يٰٓاَبَتِ اِنِّيْ رَاَيْتُ اَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَّالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَاَيْتُهُمْ لِيْ سٰجِدِيْنَ

Maksud: “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”

Selain mampu mengeratkan hubungan suami isteri, surah Yusuf ayat 4 juga boleh diamalkan untuk keluarga dan sahabat supaya hubungan kekal harmoni.

Doa ketenangan hati.

Doa agar hati tenang disaat merasakan hal-hal yang negatif seperti sedih, cemas dan ingin meminta perlindungan kepada Allah SWT.

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ


Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.

Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.—Sahih Bukhari


Doa Memohon Rahmat Dan Pimpinan Allah

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami” — Surah al-Kahfi ayat 10


#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023  #ShakleeCyberjaya #VivixShaklee #ShakleeVivix #ResVShaklee #ShakleeResV #shakleecyberjaya #shakleelakefronthomes


Nak grab Supplement SHAKLEE..

Klik disini👇🏻


Siti Ruqayyah

Pengedar Shaklee Cyberjaya


Siti Ruqayyah

Pengedar Shaklee Cyberjaya

Whatsup : Ruqayyah Rom

FB : Ruqayyah Rom

Instagram: Ruqayyah Rom









Comments

Popular Posts